Google

Saturday, January 10, 2015

Basmala

BismiLlahir Rahmanir Rahim

Syaitan datang mengacau anak Adam pada tiga tempat:
1)
2) bila dalam nazak, Syaitan datang untuk kacau contohnya supaya riya'. Imam Ahmad (RahmatuLlahu 'alayh) sedang nazak dan apabila anak muridnya menyuruh beliau baca tahlil, Imam Ahmad menggelengkan kepala. Kemudian, beliau tersedar dan beliau menerangkan bahawa saat itu syaitan datang dan berkata kamu sudah menang, saya yang kalah. Selagi nyawa ada di dalam badan, selagi itu kita belum menang. Syaitan mahukan kita riya' dengan amalam kita.
3) Syaitan bersama dengan anak adam bila ada masaalah suami isteri.
Dalam perkara 1,2,3 di atas, Syaitan sendiri akan datang kacau manusia. Selain itu, kuncu-kuncu syaitan yang datang (lebih kurang 70 kuncunya)

Senjata kita adalah ta'awudz. Apabila kita membaca ta'awudz, 70 langkah syaitan lari.

Ibnu Mas'ud: Sesungguhnya ilmu dunia dan akhirat berada di dalam Al-Quran.. Sesungguhnya ilmu dunia, akhirat dan Al-Qur'an terkandung di dalam Al-Fatiha, Sesungguhnya ilmu dunia, akhirat, AlQur'an dan Al-fatiha terkandung dalam basmala. Sesunnguhnya ilmu dunia, akhirat, AlQur'an, AlFatiha dan basmala terkandung di dalam huruf Ba'.

Sayidina Ali: Demi Allah, sekiranya aku syarahkan rahsia Ba', aku perlukan 1000 unta.
Sayidina Zubayr: apabila bangun malam, beliau mengulang-ulang satu ayat 'TaHa' sehingga subuh.
Sayidina Uthman: Demi Allah, sekiranya hati kamu bersih, kamu tidak akan kenyang dengan Qur'an .

Sesunguhnya baligh itu adalah orang yang sampai darjat tinggi dengan Allah.

Ba dalam basmala - tawassul dengan nama Allah. Dinamakan Ba' tawasul atau Ba' wasilah. Dikenali juga sebagai ba' barakah - umur, dunia, akhirat dan rezeki.

Sin - salama. Selamat di dunia, akhirat, syaitan dan sifat riya'

Mim - maghfira

Huruf hija'iah - semua huruf besar. Huruf kecil - alif lam ha
Rahsia:
1) Setiap bahasa di dunia mesti ada alif lam ha - semua bahasa, mudah untuk meyebut Allah
2) Alif lam ha membentuk la ilaha illaLlah, org nazak, bibir berat. Allah mudahkan orang mati dalam husnul khatimah, tidak perlu menggunakan bibir berat.

Alif - uns = tenang dengan Allah, hadrah yang paling tinggi dengan Allah (hadrah uns).

Lam - luthf = lembut; senang khusyu'

Ha = hidayah

Ayat tauhid - alhamduliLlah. RasuluLlah berjaya, sentiasa hamadun didunia dan akhirat - orang yang sentiasa bertahmid

Beza tahmid dan syukur - alhamduliLlah = puji-pujian kepada Allah; syukur = atas nikmat. Ada tafsir yang mengatakan sama tahmid dan syukur.

'alimin = orang yang berilmu; 'alamin = tafsir Ibnu Abbas, 770 alam (cth alam laut)
(alif = orang yang sudah balik)

Al-hikam 24, 25, 26

  Ramai boleh dakwa tetapi tiada bukti ‘Bukti pd yang mendakwa, sumpah pd yang mengingkari’ hadith Pengakuan perlu ada bukti.. Muslim, apa b...