Google

Friday, August 23, 2019

Zuhud kepada dunia

Zuhud : Bahagi kpd tiga
1) zuhud dr perkara haram = wajib. Fondasi utama zuhud.
2) zuhud dr syubhat دع ما يربک إلي ما لا يريبک
Imam Abu ishak keluar dari  rumah ke masjid, dlm poket ada duit. Duit di dlm kantung itu jatuh di masjid. Keluar dari masjid, nak beli sesuatu tak jumpa kantung. Patah balik jumpa di tpt yg dia duduk td. Mungkin sahaja bukan duit aku. Tak jadi ambil
Seorg bernama Mubarak, pemuda yg warak bekerja menjaga kebun anggur milik penguasa. Ketika anggur berbuah, tuannya dtg, ya mubarak bawa anggur kepadaku. Anggur masam. Ya Mubarak, kenapa kamu ambil anggur yg belum masak? Aku tdk boleh bezakan yg mana matang dan tidak. Kamu sudah kerja setahun, aku bekerja bukan merasa. Mulai skrg aku izinkan kamu makan. Tuannya suka, di kahwinkan dgn puterinya, lahir Abdullah bin Mubarak, ahlil hadith.
3) zuhud dr dunia - yg berlebihan. Cukup dgn sekadar keperluan kec yg bawa manfaat. Zuhud di dunia, Allah suka kamu. Zuhud dr yg dimiliki org, org suka kamu. Jangan banding apa yg kita punya dgn org punya. Hidup akan tak tenteram dan stress.
Masuk ke dlm rumah, rasa sbg istana terindah di muka bumi walaupun ia sempit. 

Sunnah sujud syukur ktk dpt nikmat atau bahagia

Sujud - وقع جبحة علي الارض
-aku diperintahkan Allah sujud dgn 7 anggota: dua tapak tangan, dua kaki, dua lutut, dahi
- sblm masa Rasulullah, sujud
1) ibadah - hanya kpd Allah
2) boleh kpd org lain sbg penghormatan cth sujud adik beradik nabi yusuf serta ayah dan ibunya.
Cth sujud Malaikat kpd nabi adam.
Dilarang dlm syariat Rasulullah.
Kalau ada yg sujud kpd org, sujud tetap ibadah atau hormat. Kalau menyembah, hukumnya syirik. Kalau sujud hormat, berdosa.
Rasulullah didatangi S muadz yg balik dr yaman, sujud kpd Rasulullah. 'Aku nampak di sana mereka sujud hormat dan engkau lbh layak utk dihormati' 'kalau boleh sujud dgn orang, aku perintahkan isteri sujud kpd suami'
- ubati luka berdasarkan kadarnya
- ada sujud dlm solat (rukun solat) kecuali di dalam solat jenazah. Wajib hukumnya
- ada sujud dlm solat dan luar solat - sujud tilawah. Bagi yg membaca dan yg mendengar
- sujud di luar solat shj iaitu sujud syukur.
- syarat sujud: dlm wudhuk, bersih dr hadath kecil dan besar. Tempat bersih. Menghadap kiblat. Niat. Sujud sekali, duduk, salam.
- apa yg dibaca ketika sujud tilawah dan syukur? Boleh baca subahana rabbiyal a'la atau apa sahaja berupa doa
- kawasan di Madinah bernama azwara, Rasulullah doa mengangkat tangan. Simbol iftiqarah. Terkadang Rasulullah letak tangan. Keadaan biasa, tanda fakir dan miskin. Sebhgn fuqaha, kalau permintaan untuk menolak, terbalikkan tangan.
- tiga kali nabi sujud - JANGAN MERASA CUKUP BILA DITOLAK. doa terkdg utk mengharap di perkenan tetapi inti adalah menunjuk miskin kpd Allah walaupun kita punya segalanya يا أيها الناس أنتم semua org الفقراء إلي الله
Habib Abdullah haddad الدعاء وابتهالي شاهد لي
بافتقاري...ي' rayuan ditolak bila tunjuk sombong
إن الله يحب الملحين بالدعاء
- JANGAN MERASA CUKUP DGN KEBAIKAN
Rasulullah minta dpt sepertiga, minta lagi dua pertiga dpt syafaat
- utk dpt syafaat, jgn lepaskan doa slps azan
2) solawat dgn takdzim
- Rasulullah amat concern dgn ummatnya
جزا الله عنا سيدنا محمد عنا خيرا، جزا الله عنا سيدنا محمد عنا ما هو اهله

Soalan
- hukum sujud spt pemain bola, tdk menutup aurat? Apakah niatnya? Tidak sepatutnya dlm keadaan tdk menutup aurat, atau wudhuk dan terus letakkan dahi di tanah. Bukan sujud syukur.
- benarkah Rasulullah sujud tiga hari? Wa Allah a'lam.
- syarat wudhuk adlh bersih dr hayd dan nifas. Haram berwuduk ktk itu. Banyak perkara lain yg diperbolehkan kec 10 perkara shj yang tidak boleh
- hukum guna perfume yg dari alkohol. Masalah alkohol. Ada yg kata najis dan ada yg kata tdk. Kalau najis, campur jd najis.
Ada yg kata tdk najis, jadi guna spray tdk najis. Zmn skrg, susah elak.
- kerani di syarikat yg ada jual arak. Bagaimana gaji saya? Pastikan bila bekerja, kalau tiada langsung kaitan dgn arak walau sbg cashier. Kalau di restoran yg bercampur, bila halal lbh banyak dr haram, boleh ttp kalau haram lbh banyak, elakkan dr gaji yg bercampur bila haram lbh haram.
- mana afdhal? Kumpul duit utk haji atau sedekah kpd ahli keluarga.
Haji wajib ttp kalau ada ahli keluarga (yg wajib nafkahnya) perlu dan musim haji blm tiba. Masalah yg di hadapan lbh utama dr yg belum tiba. Ttp kalau musim haji tiba, wajib haji kecuali kalau famili tdk diubat meninggal. Lebih utama selamatkan nyawa. Bertembung dua kewajipan.
- bagaimana nak lembutkan hati isteri yg selalu tak nak dengar cakap suami? Mengajak kpd isteri dgn perbuatan yg lembutkan hati spt zikrullah, solat di masjid, majlis ilmu. Sbb yg keraskan hati adlh maksiat.
Tunjukkan niat tulus dr kita.
- apa jadi bila agama lain masuk campur dgn agama islam? Yg punya islam adalah Allah. Org islam sahaja tdk mampu campur tgn dlm agama islam, mana boleh org bukan islam mengubah. Tiada yg boleh menghalalkan apa yg diharamkan Allah. 

Thursday, August 22, 2019

Alhikam 22 Ogos 2019

Ibnu gayyim.
Tanda org yg mengharapkan Allah
1) Tinggi harapan
- cinta apa yang diharapkan
Harapan agar Allah pandang kita - redha
Diiktiraf sbg hamba Allah
_ hatta, beri makan kucing
Kalau bela kucing sebab
pandang kepada kucing dengan belas kasihan, dengan harapan
Allah juga pandang kita dalam belas kasihan
sebab kita tidak pernah minta terima kasih dari kucing. Amalan yg ikhlas semata kerana Allah )سيماهم في وجوحهم من اثر السجود
2) sangat khuatir kalau terhalang apa yang diharapkan
Pada zaman Sayidina Abu Bakar RA, tiada hujan dan kemarau. Datang sebuah qafilah dengan 1000 unta sarat dengan barang dagangan. Berhenti di hadapan rumah sayidina usman RA, menurunkan muatan. Pedagang-pedagang di Madinah datang berjumpa Sayidina Uthman RA,
'kami ingin beli dengan harga istimewa' Sambil menawarkan harga berlipat ganda.
'Sekadar dua x lipat tak 6, 7x tidak
boleh. Saya mendapat tawaran yang jauh lebih hebat.'
'Wahai Usman, di Madinah ini tiada
pedagang yang boleh beri lebih dari kami'
'Aku berdagang dengan Allah yang boleh berikan ganjaran berlipat ganda. Aku akan berikan kepada orang-orang miskin:
Surah Attaubah: إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ (9:111
جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ 32:17

3) usahakan yang dia inginkan dengan segenap kemampuan dan kekuatan.
- Satu soalan untuk siapa yang kamu buat.
الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ 36:65
Attabah Al-ghulam latih solat malam selama 20 thn, selepas itu baru merasa kemanisannya.
Antara jalan yang cepat untuk merasa manisnya adalah bila disembelih nafsu.
Imem ghazali berkata bahagia السعاده کلها
Saat kamu mampu menakluk nafsu kamu. والشقاوه في إن تملک النفس

Bacaan kehidupan - seseorang akan sanggup berkorban untuk cinta. Sebelum kita mempunyai sesuatu, kita melihat dan ingin tetapi adakah disitu bahagia? Bila sudah mendapat apa yang diinginkan mata sudah tidak nampak nampak dan hati pun tidak rasa.
-Dia memanggil Allah tetapi harapan bukan kepada Allah contohnya 'Ya Allah,
dapatkanlah aku projek ini.
- Rs tegur bila kain alas tidur Baginda dilipat 4 x takut terhalang dari bangun malam
MUJAHADAH.
- S. Abu Bakar cintakan Rasulullah (manisnya selawat dirasa melalui cinta)
S. Abu Bakar dipukul. Seorang pembesar
Quraisy mempunyai sebuah kasut yang dipanaskan dan dipukul muka S Abu Bakar sehingga patah hidungnya. Darah memenuhi perut S Abu Bakar. Mereka kemudian membungkus S Abu Bakar dengan kain, dan mencampak di
rumahnya. Petang, baru beliau sedar. Ummul
Khayr, ibunya ingin menyuapkan makanan dan minuman. 'Macamana keadaan
Rasulullah?' beliau bertanya berulang-ulang. Ummul khayr pergi kepada ummu jamil alkhattab. Biar aku jumpa anakmu dan
ditanya soalan yang sama oleh S Abu Bakar. Bawalah aku pergi kepadanya. 'Aku perlu lihat sendiri kerana aku telah bernazar tidak makan setitik makanan sehingga aku tahu keadaan Baginda.
- Antara tanda taubat diterima adalah
tiada kaitan daripada harta haram
samada mencari /menguruskannya

Al-hikam 24, 25, 26

  Ramai boleh dakwa tetapi tiada bukti ‘Bukti pd yang mendakwa, sumpah pd yang mengingkari’ hadith Pengakuan perlu ada bukti.. Muslim, apa b...